Tuesday, August 16, 2022

Barang cukup, harga berpatutan

Secara Rawak

MUKAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Mukah akan sentiasa berada di lapangan bagi memastikan barang keperluan mencukupi dan harga berada dalam keadaan stabil.

Ketua Cawangan KPDNHEP Mukah Salihin Den berkata, maklumat daripada peruncit daerah yang berdedikasi (DDR) juga menunjukkan bekalan barangan adalah mencukupi dan harga adalah berpatutan.

“Kita di KPDNHEP memohon pengguna untuk tidak membuat pembelian secara berlebihan kerana ia boleh mengganggu keberadaan bekalan barang keperluan semasa yang ada di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kesediaan pihaknya dalam melalui bulan puasa pada April ini khasnya melibatkan bekalan barang di pasaran.

Tambahnya lagi, pihaknya akan memberi jaminan bekalan barang keperluan sentiasa mencukupi.

“Sekiranya ada sebarang aduan berhubung kekurangan bekalan barang keperluan, berhubung terus ke pejabat KPDNEHP Mukah,” jelasnya lagi.

Ramadan akan bermula 3 April dan menjadi kebiasaan isu bekalan barang dan harga barang akan menjadi tumpuan utama.

Keadaan ini ditambah dengan cabaran kenaikan harga barang di pasaran dan peningkatan kos sara hidup yang membebankan bagi pengguna, peniaga dan masyarakat diakui menjadi kekangan utama.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru