Saturday, June 25, 2022

Pasangan Penjaga Eric dituduh di Mahkamah Kuching hari ini

Secara Rawak

KUCHING: Keputusan kes Eric Chang Wei Jie, kanak- hilang berusia empat tahun hilang dipercayai dibunuh akan diketahui selepas pasangan tertuduh (penjaga Eric) akan menjalani pertuduhan di Mahkamah Kuching, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kedua-dua individu terbabit akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) hasil persetujuan dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara.

Katanya, pasangan penjaga mangsa hilang itu telah direman sebanyak 21 hari sehingga tangkapan dilaksanakan untuk membolehkan pihak polis melengkapkan semua kertas-kertas siasatan berhubung insiden tragik menimpa kanak-kanak tersebut.

“Pejabat Peguam Negara bersetuju dengan cadangan-cadangan yang kita ada hasil siasatan lengkap untuk menuduh kedua-dua penjaga di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pada masa sama salah seorang daripadanya (penjaga) turut dituduh di bawah 380 Kanun Keseksaan manakala kedua-duanya juga akan dituduh lim kes waran tangkap melibatkan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bilik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, pagi tadi.

Dedahnya, beberapa rampasan barangan dipercayai berkaitan kes turut dirampas iaitu Kamera Litar Tertutup (CCTV), peralatan dipercayai digunakan dalam kejadian, pakaian, dan tiga telefon bimbit.

Tambahnya, hasil semakan lanjut mendapati salah seorang daripada suspek ditahan mempunyai lapan rekod jenayah lampau manakala seorang lagi mempunyai tujuh rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Ahsmon dalam pada itu menegaskan agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu di samping mendedahkan kes kehilangan Eric adalah terpencil dan terasing daripada kes aktiviti perdagangan organ.

Tegasnya, jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 302 KK, kedua-dua tertuduh boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru