Wednesday, May 25, 2022

Sinaran Ratu Siska Raja Sungai Regatta Sejijak 2022

Secara Rawak

KUCHING: Pasukan Sinaran Ratu Siska secara rasminya dinobatkan sebagai Raja Sungai Ragtta Sejijak 2022, semalam.

Pasukan yang menurunkan pekayuh-pekayuh dari daerah Mukah itu berjaya mempamerkan aksi memukau selepas merekodkan kayuhan terpantas iaitu 10 minit 12 saat dalam saingan kayuhan dua kilometer temasya, semalam.

Sekali gus meninggalkan pesaing terdekatnya, Gp Binladen yang mencatat masa 10 minit 20 saat diikuti Mahkota Dewa Gedong 1 di tempat ketiga dengan masa 10 minit 21 saat.

Permulaan acara tumpuan sememangnya menunjukkan aksi mencemaskan daripada dua pasukan pilihan itu namun kayuhan yang lebih konsisten dipamerkan Sinaran Ratu Siska akhirnya membuahkan hasil setelah selesa di hadapan sebelum menjadi perahu pertama tiba di garisan penamat.

Saingan Finalis perebutan gelaran Raja Sungai menyaksikan sejumlah 10 pasukan berentap terdiri daripada dua pasukan Gp Binladen Pantai Damai, Sinaran Ratu Balqis, Sinaran Keris Terbang, dua pasukan Enraz Cahaya Zen, dua pasukan Mahkota Dewa Dewa Gedong, Sinaran Ratu Siska, dan pasukan Khazanah.

Regatta Sejijak 2022 merupakan anjuran Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sejijak dengan kerjasama Ranting PBB Petra Jaya, Tupong dan juga Majlis Perbandaran Padawan bermula 25 Mac 2022 dan berakhir semalam.

Turut hadir majlis sekali gus merasmikan penangguhan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sinaran Ratu Siska berjaya membawa pulang hadih wang tunai berjumlah RM6,000 beserta piala.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru