Monday, June 27, 2022

Anggota tentera ditahan kerana samun

Secara Rawak

PADAWAN: Seorang anggota tentera berpangkat Prebet ditahan kerana disyaki menyamun seorang wanita di hadapan sebuah premis Kota Sentosa, Jalan Batu 7, di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek, 21, ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan pada semalam, kira-kira jam 4.10 petang.

Katanya, suspek melakukan kejadian samun pada 12 Mac lalu kira-kira jam 4.12 petang dengan memasuki pintu belakang kereta mangsa, 38, dan memaut leher mangsa dengan kedua-dua lengannya.

“Mangsa merasa seperti ada benda disyaki pisau lipat diletakkan di leher kanan.

“‘Mangsa bertindak mengigit lengan suspek dan menekan hon kereta dan suspek telah melarikan wang tunai RM26 dari beg tangan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek mengakui melakukan samun akibat terdesak duit perbelanjaan tidak mencukupi.

Jelasnya, suspek juga tiada rekod kesalahan lampau.

“Susulan penahan suspek, polis turut merampas sepasang kasut, seluar sukan, pisau pemotong kertas, seutas beg sandang dan sehelai pelitup muka berwarna hitam,” ujarnya.

Beliau berkata, suspek akan dibuat saringan awal air kencing setelah permohonan reman diperolehi.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 392/ 397 Kanun Keseksaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru