Saturday, June 25, 2022

Samun premis 24 jam: Polis tahan dua lelaki

Secara Rawak

KUCHING: Polis berjaya menahan dua lelaki yang disyaki aktif menjalankan kegiatan samun premis 24 jam di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kedua-dua suspek diberkas awal pagi semalam dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai menjadi ahli kumpulan itu.

“Kedua -dua suspek itu masing-masing berusia 22 dan 25 tahun serta salah seorang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan narkotik dan kes curi,” katanya menerusi kenyataan media.

Jelasnya lagi, ujian saringan air kencing yang dijalankan pula mendapati kedua-duanya positif dadah jenis amphetamine.

Ahsmon berkata, polis turut merampas satu unit telefon bimbit, dua botol minuman keras, beberapa helai wang kertas, topi keledar dan sehelai jaket.

“Siasatan awal mendapati arak yang dirampas itu sama dengan yang dilaporkan dicuri di sebuah kedai serbaneka di Jalan Sultan Tengah beberapa jam sebelum mereka ditahan,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru