Saturday, June 25, 2022

Pengurus bank  rugi RM605,000

Secara Rawak

SEREMBAN: Seorang pengurus bank di Kuala Lumpur membuat laporan polis di sini pada Selasa selepas mendakwa mengalami kerugian berjumlah RM605,000 akibat menjadi mangsa Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata wanita berusia 53 tahun itu mendakwa ia bermula apabila dia menerima panggilan telefon daripada seorang wanita bernama ‘Suraya Sani’ kononnya dari ibu pejabat Etiqa di sini kira-kira pukul 5 petang Januari lepas.

Beliau berkata ‘Suraya’ mendakwa ada individu menggunakan nama pengurus bank berkenaan untuk menuntut pampasan, dan panggilan kemudiannya disambung kepada seorang lelaki yang mengaku sebagai ‘Sarjan Hairul Mohd Musa’ dari Balai Polis Pudu.

Dalam kenyataan di sini  yang dipetik Bernama Aibee berkata pengurus bank itu ditunjukkan dokumen kononnya waran tangkap, dan bagi menyelesaikan ‘masalah’ itu wanita berkenaan diminta memindahkan wangnya dari akaun ASNB dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing berjumlah RM425,000 dan RM180,000 ke akaun Bank Islamnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru