Thursday, May 26, 2022

Empat pasukan buru gelaran juara Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Gedong

Secara Rawak

KUCHING: Empat pasukan kini berada dalam landasan terbaik memburu tiket ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Gedong 2022 yang akan melabuhkan tirainya Ahad ini.

Empat pasukan terbabit ialah Boyak Gedong FC, Sambir Bistari FC, X Movent FC dan Kasen FC.

Bagaimanapun, kesemua empat pasukan terbabit akan mengharungi aksi peringkat separuh akhir pada sebelah pagi terlebih dahulu.

Pengerusi Kejohanan, Mohd. Nidzam Adzha Ashaari menegaskan, untuk aksi separuh akhir, Boyak Gedong FC akan menentang Sambir Bistari FC (9.00 pagi), manakala X Movent FC bertemu Kasen FC (10.00 pagi)

“Dua pasukan yang menang pada perlawanan tersebut akan berentap di final yang dijadual berlangsung pukul 3.00 petang.

“Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat membabitkan dua pasukan yang tewas akan berlangsung pukul 2.00 petang,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau percaya berlaku pertembungan sengit untuk aksi separuh akhir dan akhir kelak kerana kesemua pasukan setentunya mahu mencipta sejarah tersendiri.

Majlis penutupan rasmi dan penyampaian hadiah kepada pasukan berjaya dijangka disempurnakan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru