Saturday, June 25, 2022

Polis tahan dua lelaki aktif pecah rumah, curi

Secara Rawak

SARIKEI: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai aktif melakukan kegiatan mencuri dan pecah rumah di sekitar bandar ini.

Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 30 an itu ditahan dalam satu operasi pada 8 dan 17 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sarikei, Deputi Superintenden Polis (DSP) Benedict Faris Jimoy berkata, hasil siasatan Bahagian Siasatan Jenayah, Polis berjaya menemui semula sebanyak 14 barangan dipercayai hasil daripada kegiatan berkenaan.

“Antaranya ialah sebuah kereta salun, sebuah motosikal jenama Honda Wave, seunit penghawa dingin jenama GREE, pemegang lipat aluminium, lima tin cat, batang berus cat,  satu gulung  penyambung wayar dan lain -lain,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kedua-dua suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes pecah rumah, kes curi dan dadah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru