Sunday, July 3, 2022

71 kematian, kini 34,400 semuanya

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 71 kes kematian Covid-19 semalam berbanding 85 kelmarin.

Dengan itu, jumlah kumulatif kematian setakat ini ialah 34,400.

KKM turut melaporkan 19,105 kes Covid-19 dan termasuk 18,719 penularan tempatan dan 386 kes import.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 direkodkan setakat ini ialah 3,993,124.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah kematian itu, 26 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Kedah dan Perak masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 14 kes, diikuti Johor (11), Selangor (tujuh), Kelantan, Pulau Pinang dan Sarawak (masing-masing lima), Negeri Sembilan (empat), Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing dua) serta Melaka dan Pahang (masing-masing satu).

Perlis, Sabah, Labuan dan Putrajaya tiada kes kematian.

Sebanyak 274,059 kes aktif dilaporkan, termasuk 371 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 203 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru