Thursday, May 26, 2022

Semarang Village rangkul gelaran juara Bola Sepak 9 Sebelah Piala Razi 2022

Secara Rawak

BETONG: Pasukan Semarang Village berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Betong, Piala Razi 2022.

Ia hasil kemenangan (1-0) dicatat ke atas Pusa United pada perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Bola Sepak Riveria, Debak, sebentar tadi.

Kejayaan itu membolehkan pemain Semarang Village membawa pulang wang tunai RM2,000, piala pusingan, piala iringan dan pingat.

Manakala, hadiah wang tunai RM1,500 beserta piala dan pingat diterima pasukan Pusa United selaku naib juara.

Sementara itu, pasukan Jang BS dan Loy69 Mangut masing-masing menerima wang tunai RM700 dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan ADUN Saribas, Mohamad Razi Sitam yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti

Hadir sama, Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) Abang Suhordie Abang Zaini, Pengurus Syarikat Permata RZR Roslan Senin, Pengerusi Kejohanan Saiful Hanizam Suhaini serta tetamu jemputan lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru