Saturday, June 25, 2022

Satu tahun penjara, satu sebatan kerana ini..

Secara Rawak

KUCHING: Seorang bekas pekerja juruwang dijatuhi hukuman penjara satu tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM760.

Hakim menjatuhkan hukuman penjara dan satu sebat bagi setiap pertuduhan terhadap Muhd Ikmal.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan hukuman penjara selama satu tahun berjalan serentak.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh telah menggeluarkan sejumlah kad tambah nilai telefon berjumlah RM60 tanpa melakukan sebarang pembayaran sekitar jam 4.35 pagi, 6 Mac lepas.

Pertuduhan kedua, pada hari yang sama dia telah mengeluarkan baucer kad tambah nilai Razer Gold berjumlah RM500 tanpa sebarang transaksi pembayaran, sekitar jam 5.23 pagi.

Pertuduhan ketiga pula, dia telah mengeluarkan baucer kad tambah nilai TNG berjumlah RM200 tanpa menerima sebarang transaksi pembayaran pada jam 5.52 pagi.

Ketiga-tiga pertuduhan terbabit dilakukannya di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Icom Square, pada 6 Mac lepas.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 14 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurfazlin Mahmad Zulhasnan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru