Saturday, June 25, 2022

Dua ejen judi dalam talian ditahan

Secara Rawak

BAU: Dua individu disyaki ejen judi dalam talian ditahan dalam serbuan berasingan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata suspek, lelaki dan wanita berumur 19 dan 21 tahun ditahan dalam Op Dadu oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (IPD) Bau kira-kira jam 2.45 petang hingga 5 petang.

“Serbuan dilakukan di sebuah kedai runcit, Pekan Lama Tondong dan Kedai Runcit Jalan-Bau, Siniawan.

“Pasukan operasi turut merampas dua unit telefon bimbit, sekeping kad sim dan sejumlah wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek tiada rekod kesalahan lampau.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru