Wednesday, May 25, 2022

Hajiba FC sedia cetak gelaran juara dalam Liga Bola Sepak Petra Jaya 2022

Secara Rawak

KUCHING: Teka-teki pasukan mana yang bakal dinobatkan sebagai juara Liga Bola Sepak Petra Jaya 2022 akan dapat diketahui Ahad ini.

Dua pasukan iaitu Hajiba FC dan Petra Jaya FC akan turun berentap pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung di Padang Jubilee, Jalan Padungan sekali gus memperlihat kewibawaan pemain dari kedua-dua kelab berkenaan.

Pengurus Pasukan Hajiba FC, Mohd. Firdaus Othman memberitahu, keinginan pihaknya adalah untuk menjulang mahkota juara.

“Kita sememangnya mahukan gelaran juara namun saya percaya misi ke arah itu dianggap berat kerana tentangan sengit akan diberikan pasukan lawan sepanjang saingan,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Jelas Firdaus, beliau juga berharap para pemain akan dapat tampil dengan corak permainan yang tersusun seperti yang dipraktikkan ketika sesi latihan.

“Diharap strategi yang akan diguna pakai dapat merealisasikan impian tersebut,” tambah Firdaus lagi.

Hajiba FC musim ini dilihat lebih mantap kerana dibarisi ramai pemain berpengalaman dan pernah mewakili skuad Sarawak, Kuching City FC serta kelab handalan sekitar bandar ini.

Antaranya, Shahrol Saperi, Mohamad Hafis Saperi, Izray Iffarul Roslan dan ramai lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru