Saturday, June 25, 2022

Kanak-kanak hilang: Pasangan direman semula

Secara Rawak

KUCHING: Dua pasangan penjaga kepada kanak-kanak berumur empat tahun, Eric Chang Wei Jie yang dipercayai dibunuh dan dilaporkan sejak 7 Mac lalu akan direman semula.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kedua suspek masih ditahan reman sehingga esok dan direman semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk melengkapkan siasatan.

“Penjaga masih direman sehingga 16 Mac dan esok pagi di Balai Polis Tabuan Jaya akan direman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi pesanan ringkas aplikasi Whatsapp, hari ini.

Beliau berkata, kedua ibu bapa mangsa telah dibebaskan dengan jaminan polis pada semalam.

Sebelum ini, polis telah menahan empat individu termasuk dua pasangan penjaga bagi membantu siasatan.

Mangsa dilaporkan hilang di Taman Riverview, Jalan Daya Bintawa pada 7 Mac lalu dan dipercayai telah dibunuh dan dibuang ke Sungai Sarawak di Muara Tebas.

Susulan itu, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berhubung kehilangan mangsa dan kemudiannya diklasifikan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Operasi mencari mangsa memasuki hari ketiga hari ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru