Saturday, June 25, 2022

Pusat ejen judi diserbu

Secara Rawak

BAU: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian dalam talian menerusi satu serbuan di sebuah kedai runcit di Kampung Pisa Krokong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek, 29, ditahan kira-kira jam 5.55 petang menerusi Op Dadu yang dijalankan oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

“Selain tangkapan terhadap suspek, pasukan operasi turut merampas seunit peranti dan sejumlah wang ringgit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Poge berkata sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM 50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru