Wednesday, May 25, 2022

Makna kemenangan besar BN di Johor

Secara Rawak

Keputusan Pilihan raya negeri (PRN) Johor  melanjutkan trend pengundian terhadap parti dominan seperti yang berlaku di Melaka dan Sarawak.

Implikasinya, adakah ini menandakan bahaw rakyat kemblai menykong Umno/BN/ Atau rakyat kecewa dengan pembangkang, khususunya PH dan PN?

Dalam PRN semalam, BN memenangi  40 kerusi daripada 56 kerusi DUN, sekali gusd lebih daripada dua per tiga, PH hanya 12 kerusi, dan PN tiga kerusi.

Jelas dalam kalangan pengundi Melayu, mereka memilih Umno berbanding PKR, Amanah, Pejuang atau Bersatu.

Maksudnya, pemimpin seperti 7un Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin yassin sudah tidak relevan lagi.

Malah naratif politik yang menggunakan isu 1MDB, kluster Mahkamah dan sebagainya sudah tidak laku, malah basi.

Sebanyak 85 calon menjadi wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN ini  hilang wang deposit. Mereka nyau cengekeram.

Ini termasuk calon tiga parti baharu yang membuat langkah sulung iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang mempertaruhkan 42 calon, Parti Bangsa Malaysia (PBM) (empat calon) dan Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) (seorang calon).

Parti Warisan yang melebarkan sayapnya di Semenanjung dengan meletakkan enam calon turut menerima nasib sama.

Selain itu, tujuh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Medan, Semarang, Tenggeroh, Pasir Raja, Johor Lama, Tanjung Surat dan Benut turut kehilangan deposit setelah gagal memperoleh satu per lapan atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.

Hakikatnya, sama seperti di Sarawak,  peratusan pengundian yang turun mengundi yang rendah memberi kelebihan kepada Umno/BN. Hanya sekitar 55 peratus yang turun mengundi di Johor kali ini, menandakan bahawa pengundi telah kecewa dan lesu.

Pengundi Cina terutamnya banyak yang tidak mengundi. Mereka kecewa terhadap PH yang mensia-siakan mandat yang diberi pada PRU-14.

Peratusan keluar mengundi rendah membuatkan BN-Umno menerima undi daripada pengundi strategik mereka yang setia pada parti. Umno mempunyai pengundi tegar sejak sekian lama. Ingat, Umno mulai bertapak di Johor, dan negeri itu merupakan negeri tonggak Umno.

Perpecahan undi dalam kalangan  parti yang menentang BN termasuk parti kecil juga memberi kelebihan kepada BN.

Satu lagi perpecahan undi dalam kalangan parti kecil dan pertembungan penjuru yang banyak  jelas memberikan kelebihan kepada BN.

BN yang diterajui Umno memenangi PRN Johor untuk menubuhkan kerajaan negeri baharu.

Dengan kemenangan itu, juga memberi gambaran bahawa pengundi mahu kestabilan politik. Mereka telah menyaksikan bagaimana majoriti tipis boleh meletakkan politik negeri itu dan negara dalam ketidaktentuan dan ketidakstabilan. Itulah sebabnya, rakyat memberi mandat kuat kepada Umno/BN.

Persoalan sekarang ialah adakah Umno/BN mahu PRU-15 diadakan dalam waktu yang terdekat?

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru