Saturday, June 25, 2022

Pengawal keselamatan ditembak, seorang cedera

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan seorang pengawal keselamatan sebuah syarikat van membawa wang tunai maut ditembak manakala seorang lagi cedera berhampiran sebuah bank di Puchong Prima, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata kedua-dua pengawal keselamatan berkenaan dipercayai sedang mengawal keselamatan van yang membawa sejumlah wang tunai.

“Setakat ini, polis masih menyiasat sama ada mereka hendak mengambil wang dari bank atau mengeluarkan wang dari van untuk di bawa ke bank berkenaan.

“Suspek yang terlibat berjaya meloloskan diri,” katanya seperti dilapor Bernama.

Bagaimanapun motif kejadian belum dikenal pasti.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru