Tuesday, August 16, 2022

Sarawak Energy Berhad sumbang kepada Klinik Sungai Asap, Belaga

Secara Rawak

KUCHING: Penduduk di Penempatan Semula Bakun, Sungai Asap, Belaga bakal menikmati perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dengan penambahan ambulans ketiga di klinik di situ.

Ambulans berkenaan  telah diubai suai dapat dapat  menyediakan perkhidmatan dengan baik berdasarkan keadaan muka bumi di  kawasan situ.

Ambulans pacuan empat roda baharu itu disumbangkan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SEB Power, Ir. Bunyak Lunyong  dalam satu kenyataan media hari ini, langkah berkenaan juga akan membantu Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) menangani masalah kekurangan ambulans di daerah itu sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan pengangkutan ke Hospital Bintulu.

”Inisiatif ini merupakan sokongan berterusan SEB terhadap masyarakat yang terlibat dengan program penempatan semula untuk memberi ruang kepada pembangunan Loji Hidroelektrik Bakun,” katanya.

Jelas Bunyak lagi, pihaknya berasa gembira kerana dapat membantu masyarakat setempat.

“Kami berbesar hati  menyokong usaha dan bekerjasama dengan JKNS demi manfaat masyarakat di Sungai Asap,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru