Thursday, August 11, 2022

Perbaharui lesen setiap tahun elak tunggakan

Secara Rawak

ENGKILILI: Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) Engkilili telah mengadakan sesi dialog bersama pelesen di bawah pentadbirannya bertempat di Dewan Serbaguna MDLA pada Khamis.

Ia bertujuan mengingatkan para peniaga agar memperbaharui lesen mereka setiap tahun tanpa gagal supaya tidak dikenakan tindakan di bawah akta pelesenan 1994.

Menerusi dialog tersebut, sesiapa yang ingin memohon lesen baru untuk berniaga di rumah panjang atau kampung harus mengisi borang yang disertakan dengan pengesahan oleh Ketua Kaum dan pihak MDLA kawasan masing masing.

Pembaharuan lesen pula hendaklah dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu setiap 1 Januari hingga 11 Februari setiap tahun demi mengelak daripada tunggakan pembayaran.

Namun, sekiranya pemegang lesen sudah meninggal, uzur atau tidak mahu berniaga lagi, mereka dikehendaki untuk berurusan dengan pihak MDLA untuk membatalkan lesen perniagaan tersebut agar tidak berlaku peningkatan pembayaran tunggakan.

Sehubungan itu,  para peniaga dinasihatkan agar sentiasa peka dengan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa demi memastikan segala urusan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.N JPBD DI SARAWAK DIAKTIFKAN

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru