Saturday, October 8, 2022

Kebajikan Mathis dapat perhatian ADUN Opar

Secara Rawak

BAU:  Seorang penduduk dari Kampung Jugan, Mathis Jiyom, menzahirkan rasa syukur dan gembira selepas rumah miliknya mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang.

Billy melawat ke kediaman Mathis pada Khamis untuk menghulurkan sumbangan termasuk bantuan Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada keluarganya.

Mathis mengakui keadaan rumah yang dibina sendiri oleh beliau itu begitu daif dan tidak sesuai untuk didiami bersama isteri dan seorang anak perempuan.

Beliau yang kini hanya bekerja sendiri sebagai pesawah setelah tidak dapat lagi menjual hasil pertanian di tepi jalan Bau-Lundu berikutan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, dalam masa sama atas faktor kesihatan setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun lepas, menyukarkan beliau mencari sumber pendapatan.

Menurut Mathis, ini merupakan kali kedua ADUN Opar itu melawat keluarganya dan beliau amat berterima kasih di atas bantuan yang diberikan.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru