Thursday, May 26, 2022

Gugurkan pemain jika prestasi kurang menyerlah

Secara Rawak

KUCHING: Pengerusi Sarawak United FC (SU FC), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak untuk menggugurkan pemain yang kurang menyerlah apabila tiba musim perpindahan pada Mei nanti.

Katanya tindakan itu dibuat sebagai amaran awal kepada semua pemain selepas prestasi yang amat mengecewakan dipamerkan berikutan kekalahan besar (6-0) kepada Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Putri malam tadi.

“Memang agak kecewa dengan kekalahan dengan jaringan besar dialami pasukan SU FC malam tadi.

“Kepada semua pemain, kita tidak akan teragak-agak untuk menggugurkan anda jika situasi hambar ini berterusan,” katanya Posa kepada Arena Suara Sarawak.

Posa menambah peringatan tersebut bukan hanya dituju kepada pemain tempatan bahkan pemain import.

Tambah beliau, pemain tidak boleh melenting kerana tindakan sedemikian terpaksa dilakukan memandangkan pihak pengurusan telah memberikan yang terbaik dalam melaksana tanggungjawab mereka.

Posa akui, memang pihaknya akur dengan kekalahan tersebut namun sukar untuk menerima defisit gol berkenaan.

“Adalah lebih baik jika pemain dari skuad pelapis (Piala Presiden) yang main sekiranya situasi ini berterusan,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru