Saturday, June 25, 2022

Tiada unsur jenayah kematian lelaki ditahan di  lokap

Secara Rawak

KUCHING: Keputusan bedah siasat kematian seorang lelaki berusia 48 tahun berasal dari Indonesia  yang ditahan di lokap polis di negeri ini mendapati tidak wujud unsur jenayah.

Sebelum ini, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Tahanan juga telah dituduh di mahkamah pada 1 Mac lalu dan ditempatkan di lokap Balai Polis Pusat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu dan mengadu sesak nafas.

Lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Bintulu untuk menerima rawatan dan meninggal dunia pada Sabtu lepas.

Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Azri Ahmad  dalam satu kenyataan media, proses berkenaan selesai dijalankan di Hospital Umum Sarawak semalam.

“Keputusan mendapati tiada sebarang kecederaan,” jelasnya.

“Kematian tahanan berpunca daripada penyakit koronari arteri dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” kata Azri lagi.

Katanya,  Bukit Aman akan meneruskan siasatan melibatkan pelbagai sudut sebelum menyerahkan laporan kepada koroner.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru