Wednesday, May 25, 2022

Serangan Rusia, 352 rakyat Ukraine maut

Secara Rawak

KIEV: Semenjak serangan Rusia ke atas Ukraine 24 Februari lepas, sudah 352 warga awam terbunuh, 14 daripadanya kanak-kanak.

Manakala, 1,684 orang cedera.

Dialog Rusia dan Ukraine dijadualkan pagi Isnin.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menganggap serangan Rusia ke atas negaranya menunjukkan “tanda-tanda genosid”.

Zelensky mendesak PBB menghapuskan hak veto Rusia di Dewan Keselamatan PBB.

Dalam perkembangan terbaru, Ukraine akhirnya bersetuju berdialog dengan Rusia di sempadan Belarus pagi ini, Isnin.

Setakat ini, Presiden Rusia Vladimir Rutin memerintahkan pertahanan nuklear negaranya dalam keadaan siap sedia.

Sementara itu, menurut CNN, terdapat konvoi tentera Rusia sepanjang sekitar 5 kilometer menuju Kiev, ibu kota Ukraine.

Setakat ini, 379,000 warga Ukraine menjadi pelarian dengan 160,000 pelarian belum dapat melintas sempadan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru