Sunday, July 3, 2022

Martabatkan al-Quran, jadikan panduan cara hidup

Secara Rawak

KUCHING: Penganjuran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran ke-61 Peringkat Negeri Sarawak merupakan salah satu cara kerajaan untuk memartabatkan al-Quran.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, atas dasar itu juga kerajaan sentiasa berusaha untuk menggalakkan masyarakat bersama-sama mempelajari dan menghayati al-Quran.

“Ia dapat dilakukan dengan sentiasa mengadakan program-program sedemikian.

“Dengan itu, penglibatan masyarakat dalam apa sahaja usaha untuk benar-benar menjayakan program tersebut, amatlah penting agar kandungan al-Quran dapat sentiasa dihayati dan menjadi panduan cara hidup,” katanya.

Awang Tengah berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi pada Majlis Perasmian Seminar Al-Quran sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran ke-61 Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini, semalam.

Tambahnya, beliau juga menyeru agar pihak penganjur majlis berkenaan dapat memperbanyakkan lagi program berkaitan pemahaman al-Quran sehingga ke peringkat akar umbi.

Menurutnya, perkara tersebut penting kerana menyedari bahawa masih ramai umat Islam dahagakan majlis ilmu yang bersifat akademik.

“Mungkin ramai dalam kalangan masyarakat Islam tidak dapat menyertai program yang penyertaannya terhad ketika ini,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru