Sunday, July 3, 2022

Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin Brunei-S’wak bantu pulihkan ekonomi cepat

Secara Rawak

KUCHING: Pintu sempadan negara dijangka dibuka tidak lama lagi selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkaitan perkara tersebut.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menjangka jumlah pengunjung ke Sarawak bertambah setelah Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Brunei dengan Sarawak serta Malaysia dilancarkan.

“Laluan ini merupakan pintu masuk utama kerana sebelum pandemik Covid-19 melanda Malaysia, Brunei negara yang menyumbang jumlah pengunjung tertinggi.

Bercakap selepas merasmikan Penutupan PASC-Inter-Clubs Challenge Trophy di Pusat Akuatik Pandelala Rinong, menjurut Abdul Karim persetujuan kedua-dua negara melancarkan VTL
menyumbang kepada pemulihan ekonomi melalui kedatangan pelancong.

Menurut Abdul Karim, jumlah pengunjung yang datang dari Januari hingga Februari ini meningkat kira-kira 400 hingga 500 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Sementara itu, Karim berkata Sarawak juga masih berusaha membuka laluan VTL antara Singapura dengan Sarawak.

Sementara itu, menurut Abdul Karim pembukaan VTL antara Malaysia dengan Thailand memudahkan pergerakan rakyat kedua-dua negara.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru