Friday, December 2, 2022

Mayat wanita ditemui dua tahun selepas kematiannya

Secara Rawak

LOMBARDY: Penemuan mayat warga tua di kediamannya di Tasik Como, Lombardy mengejutkan penduduk bandar tersebut.

Marinella Beretta berusia 70 tahun dikatakan tinggal bersendirian di rumahnya dan mayatnya yang sudah reput ditemui oleh pasukan bomba yang hendak mengalih pokok tumbang di lamannya.

Menurut CNN, penduduk di kejiranan itu mendakwa sudah lama tidak melihat kelibatnya iaitu sejak September 2019.

Mayat Marinella ditemui pada awal Februari lalu di atas sebuah kerusi di bilik tamunya.

Punca kematiannya masih disiasat dan pemeriksaan awal oleh koroner mendapati Marinella meninggal dunia pada penghujung 2019.

Pihak polis kini mencari ahli keluarganya, lapor CNN lagi.

Datuk Bandar Como, Mario Landriscina dilaporkan menjemput semua penduduk bandar itu untuk meghadiri upacara pengebumian mendiang dan memberitahu semua kos upacara itu ditanggung oleh kerajaan tempatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru