Thursday, May 26, 2022

KC FC mampu lebih cemerlang

Secara Rawak

KUCHING: Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah yakin pasukan Kuching City FC (KC FC) akan terus cemerlang dalam menghadapi kempen Liga Premier 2022.

Dengan mengambil kira persiapan dilakukan skuad terbabit ketika ini, selain rekod cemerlang dimiliki sepanjang tempoh lima tahun pembabitan The City Boys dalam kancah Liga Malaysia.

“Kita percaya skuad KC FC mampu mengekal momentem terbaik mereka musim ini.

“Dengan rekod cemerlang yang pernah dilalui pada lima tahun lepas mampu menjadi penanda aras buat barisan kendalian Irfan Bakti Abu Salim untuk menggapai misi brada dalam kelompok terbaik,” ujar Datuk Sri Abdul Karim.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jersi KC FC 2022 disalah sebuah hotel terkemuka di bandar ini malam tadi.

Musim lepas The City Boys menamatkan saingan Liga Premier ditangga kelima.

Justeru tambah beliau, tidak mustahil kelab kedua dari Sarawak itu mampu menempatkan diri dalam kelompok dua terbaik.

Dalam pada itu, beliau turut memuji pengurusan pasukan KC FC yang diterajui Fazzrudin Abdul Rahman.

Katanya, pengurusan yang cekap dan baik merangkumi pelbagai sudut juga antara elemen penyumbang kecemerlangan prestasi pasukan KC FC.

Hadir sama pada majlis itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Semawi Mohammad, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Mohd. Saif Jubaidi, Setiausaha Agung FAS, Haji Pazza Dan, barisan jurulatih serta pemain dan wakil penaja.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru