Sunday, July 3, 2022

15 kematian Covid-19, kini 32,114 kesemua

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 15 kes kematian Covid-19 semalam.

Dengan itu, jumlah keseluruhan kes kematian kini ialah 32,114.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, lima korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Johor dan Perak masing-masing mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu empat kes, diikuti Kelantan dan Terengganu (masing-masing dua) serta Kedah, Melaka dan Sabah (masing-masing satu).

Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tiada kes kematian.

Sebanyak 140,336 kes aktif dilaporkan, termasuk 176 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 98 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini  ialah 3,019,163 setakat ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru