Tuesday, November 29, 2022

Covid-19: SOP diperhebatkan di Miri

Secara Rawak

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) memperhebatkan lagi penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 susulan kenaikan mendadak kes positif yang dilaporkan di bahagian Miri.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, MBM menjalankan operasi pemantauan dan penguatkuasaan SOP yang dikenakan di pasar-pasar, tamu, pasar malam dan premis berlesen lain di bawah bidang kuasa MBM.

Tambah beliau, notis awam telah dikeluarkan untuk mengingatkan semua pemilik gerai di pasar, tamu dan pasar malam serta pengusaha semua premis berlesen terutamanya premis yang diklasifikasikan sebagai sektor berisiko tinggi supaya mematuhi SOP.

Dalam pada itu, Adam Yii mengingatkan orang ramai juga perlu mematuhi SOP seperti mendaftar masuk ke mana-mana premis menggunakan Aplikasi MySejahtera, digalakan untuk melakukan saringan suhu badan, mengekalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup separuh muka.

Ujarnya, anggota penguatkuasa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri dan MBM akan meningkatkan operasi pemeriksaan tapak dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan semua pihak dapat mematuhi SOP yang ditetapkan.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru