Friday, August 19, 2022

Latihan kebakaran oleh bomba untuk pekerja di Lawas

Secara Rawak

 

LAWAS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Lawas telah mengadakan ceramah Keselamatan Kebakaran dan Demonstrasi Alat Pemadam Api kepada pekerja dari Syarikat Samling timber Sdn Bhd.

Program yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Lawas pada Selasa itu telah dihadiri seramai 25 orang pekerja dari syarikat tersebut yang sedang bertugas di daerah Lawas.

Pendedahan ini amat penting sebagai langkah awal kemungkinan berlaku kebakaran.

  •  

Sekiranya berada di tempat kejadian, mereka hendaklah memberi bantuan dan tatacara memadamkan kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api yang betul semasa kejadian tersebut.

Pendedahan seperti ini mampu mengurangkan risiko menghadapi bahaya semasa kebakaran kerana telah didedahkan mengenai langkah asas keselamatan yang perlu dilakukan.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru