Friday, October 7, 2022

Kaunter Tabung Haji bergerak di Kapit

Secara Rawak

KAPIT: Pembukaan Kaunter Bergerak Tabung Haji Sibu di Kompleks Kerajaan Negeri Jalan Bleteh, Kapit memberi kemudahan kepada orang ramai untuk berurusan dengan pihak Tabung Haji.

Pembukaan kaunter ini sangat penting kerana Pejabat Tabung Haji hanya terdapat di Sibu sahaja.

Menurut pegawai yang bertugas di kaunter berkenaan, Nazul, antara urusan yang boleh dibuat di kaunter terbuka tersebut adalah seperti pengemaskinian maklumat dan akaun ahli, pembukaan akaun baru, penyimpanan/pendeposit baru, semakan baki akaun, skim pemotongan gaji dan juga khidmat nasihat.

Selain dari kaunter, Tabung Haji juga menyediakan khidmat atas talian melalui aplikasi yang dikenali ‘THiJARI’ yang dapat digunakan untuk tujuan seperti di atas.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru