Tuesday, August 16, 2022

Wanita curi barang doktor yang cuba selamatkan nyawa keluarganya

Secara Rawak

ROTORUA: Saat kakitangan hospital cuba menyelamatkan nyawa seorang budak lelaki berusia 2 tahun selepas dilanggar kereta, seorang ahli keluarganya mengambil kesempatan mencuri dua telefon bimbit dan kad bank doktor serta menghabiskannya dengan berbelanja besar.

Kanak-kanak tersebut bagaimanapun meninggal dunia tidak lama kemudian, tetapi suspek Melissa Herewini sudah membawa kad bank itu ke empat kedai di sekitar Rotorua dan membeli minuman keras, makanan, petrol, kredit telefon dan rokok. 

Herewini, 34, mengaku bersalah atas empat pertuduhan memperoleh barangan melalui penipuan semasa dia hadir di Mahkamah Daerah Rotorua dan Hakim menjatuhkan hukuman pengawasan intensif selama setahun terhadapnya. 

Dalam pada itu kanak-kanak malang tersebut dibawa ibu bapanya ke Rotorua untuk sambutan tahun baru dan dilanggar di jalan masuk sebuah rumah di kawasan kejiranan terbabit. 

Menurut maklumat mahkamah, Herewini merupakan salah seorang ahli keluarga yang tiba di hospital bersama-sama budak lelaki itu dan ibunya. 

Semasa cuba menyelamatkan kanak-kanak yang berada dalam keadaan kritikal itu, salah seorang doktor meletakkan dua telefon bimbitnya, satu yang mengandungi kad kreditnya di atas bangku kerana hendak melakukan CPR ke atas kanak-kanak itu. 

Herewini mengambil kesempatan mengambil telefon dan kad kredit tersebut. 

Selepas  menyembunyikannya di dalam bajunya dia meninggalkan hospital tersebut tergesa-gesa.

Tidak lama selepas itu, doktor mendapati telefon dan kadnya hilang dan terus membuat laporan polis.

Menurut laporan Pigeonexpress, kad itu digunakan sebanyak enam kali.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru