Saturday, June 25, 2022

Unimas anjur seminar PRN-12 Sarawak

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia sarawak (Unimas) akan menganjurkan seminar berkaitan PRN-12 Sarawak.

Seminar itu akan diadakan selama dua jam dari 10 pagi hingga 12 tengah hari esok, 9 Feb di fakulti terbabit.

Tajuk seminar ialah “PRN-12 Sarawak: Hasil dan Implikasi”.

Menurut bahan promosi yang diedarkan penganjur, ahli panel yang ditampilkan  ialah Dr Arnold Puyok dan Dr Lucy Sebli dari Unimas, Profesor Madya Dr Novel Lyndon dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Dr Ngu Ik Tien dari Universiti Malaya (UM).

Moderator sesi pembentangan seminar itu ialah Profesor Dr Neilson Ilan Mersat.

Dalam PRN-12 itu yang diadakan pada 18 Dis lalu menyaksikan GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN.

PSB memenangi empat kerusi manakala DAP hanya dua kerusi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru