Saturday, June 25, 2022

Projek RTP untuk kemudahan penduduk Belawai

Secara Rawak

BELAWAI: Pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi menaik taraf jalan dan sistem perparitan Kampung Tepi Laut Belawai dijangka akan menyelesaikan segala isu dan permasalahan air bertakung yang disuarakan oleh penduduk di situ.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab sedia maklum tentang isu perparitan yang sering dibangkitkan oleh penduduk kampung Belawai dan akan sentiasa berusaha mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Katanya, banyak perancangan dan kajian telah dibuat untuk melaksanakan projek perparitan fasa 1 sepanjang 600 meter bernilai RM500,000 dan akan dijalankan dalam tempoh lapan bulan bermula Februari sehingga Oktober 2022 oleh kontraktor terpilih, Amlan Enterprise.

Manakala fasa 2 akan dilaksanakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh apabila fasa 1 ini selesai dan sedang diuruskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Mukah.

Dalam pada itu ujarnya, kerjasama antara Ahli Parlimen dan ADUN sudah pasti memberi manfaat besar kepada rakyat serta memastikan pembangunan secara berterusan. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru