Saturday, June 25, 2022

Peningkatan ketara kes Covid-19 pada bulan ini

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, terdapat peningkatan ketara kes baharu harian  Covid-19 pada Feb tahun ini.

Menurut KKM, bermula pada 6 Feb lalu, Malaysia kembali merekodkan jumlah kes positif melebihi 10,000 kes.

Katanya, sejumlah 5,566 kes baharu dilaporkan pada 1 Feb; 5,753 pada 2 Feb; 5,720 pada 3 Feb; 7,234 pada 4 Feb; 9117 pada 5 Feb dan 10,089 kes pada 6 Feb.

Semalam, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan ialah 11,034.

“Peningkatan ini bukan sesuatu yang di luar jangkaan. Situasi ini disebabkan penularan varian Omicron yang lebih mudah merebak. Peningkatan kes juga disaksikan di negara-negara lain di seluruh dunia,” katanya.

Jelasnya, kali terakhir negara melaporkan kes lima angka adalah pada 2 Okt 2021.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru