Tuesday, June 28, 2022

Awas, ini petanda, gejala kategori 2B Covid-19

Secara Rawak

KUCHING: Individu yang positif Covid-19 kategori 2B dan ke atas sama ada berisiko tinggi atau tidak atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke  Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi kategori 2B, KKM berkata, gejalanya ialah demam berpanjangan, selama dua hari atau lebih atau baru demam.

Juga, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, sakit dada dan hilang selera makan.

“Berasa letih terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur,” jelasnya.

Gejala semakin teruk termasuk batuk, loya, muntah atau ciri-birit yang berterusan.

Tahap kesedaran juga berkurangan, selain semakin kurang kencing.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru