KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sembilan kes kematian Covid-19 semalam.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 32,043.
Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, sebanyak dua kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Perak mencatatkan angka kematian sebanyak empat kes, diikuti Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Selangor masing-masing satu kematian.
Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tiada kes kematian.
Sebanyak 74,561 kes aktif dilaporkan, termasuk 135 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 81 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini ialah 2,925,254 setakat ini.