Saturday, June 25, 2022

2,391 rumah mampu milik akan dibina untuk golongan pendapatan rendah

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak komited untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri dengan menyasarkan membina sebanyak 2,391 unit rumah mampu milik.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) akan membina kediaman berkenaan menerusi Rumah Spektra Permata.

Menurutnya, projek tersebut juga akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan harga siling antara RM90,000 hingga RM120,000.

“Di bawah inisiatif ke-62, kerajaan negeri akan menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada rakyat dari kategori B40 dan M40.

“Antaranya menerusi Skim Pembesaran Kampung (SPK) di Lundu, Sematan, Igan, dan Tian di Matu serta Skim Rumah Mampu Milik (RMM) yang telah dilaksanakan di Darul Hana, Kampung Tabuan Melayu dan Tabuan Foochow, Kemuyang, Kampung Kapit Baru dan Kampung Datu Baru.

Selain itu, HDC juga memperkenalkan Skim Bantuan Sewa Sarawak (SRAS) yang boleh membantu golongan berpendapatan rendah di luar bandar.

“HDC tahun lepas memperkenalkan Sarawak Skim Bantuan Sewa Perumahan (SRAS), hasil daripada YAB Ketua Inisiatif Menteri. Skim Bantuan Sewa Sarawak (SRAS) ialah penyewaan bantuan RM200.00 sebulan selama 36 bulan (maksimum 3 tahun) terbuka kepada penyewa yang bekerja di Kuching, Sibu, Bintulu & Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Skim Bantuan Deposit Perumahan yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak memberitahu, skim yang diperkenalkan itu adalah bagi membolehkan golongan sasar memiliki rumah sendiri.

Jelas beliau, Skim Bantuan Deposit Perumahan akan diuruskan oleh Mutiara Mortgage & Credit  Sdn Bhd dengan kerajaan negeri akan membayar deposit rumah tersebut kepada pemohon yang layak.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru