Saturday, June 25, 2022

107 murid divaksin di Sri Aman

Secara Rawak

SRI AMAN: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) Bahagian Sri Aman bermula pada Isnin.

Dianggarkan, seramai 107 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Aing, Sri Aman telah divaksinasi sebagai langkah pencegahan wabak COVID-19.

Hasil tinjauan mendapati, kesemua murid ditemani ibu bapa serta proses pemberian vaksin berjalan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Untuk rekod, seramai 272,500 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negeri ini layak dalam program PICKids.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru