Saturday, June 25, 2022

Program PICKids di Miri lancar

Secara Rawak

MIRI: Program Pemberian Vaksin Kanak-Kanak (PICKIDS) daerah Miri hari ini berjalan lancar.

Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Dato Sri Lee Kim Shin telah melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UTC dan PPV Klinik Kesihatan Tudan pada Isnin.

Seramai 21,685 kanak-kanak telah berdaftar dalam PICKIDS Bahagian Miri.

Dalam pada itu, beliau turut menyumbang 80 buah kerusi di PPV Klinik Tudan bagi kemudahan orang awam yang membawa anak-anak mereka mendapatkan vaksin COVID-19.

Selain PPV Klinik Kesihatan Tudan, Lee turut menyantuni kanak-kanak yang terlibat dalam PICKids yang berumur 5 tahun sehingga bawah 12 tahun di PPV Klinik UTC pada Isnin.

Murid-murid yang menerima vaksin COVID-19 di Klinik UTC terdiri daripada murid Sekolah Kebangsaan(SK) St Joseph dan Sekolah Kebangsaan (SK) Riam Batu.

Turut hadir Pengarah Hospital Umum Miri Dr Jack Wong, Penolong Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Miri Unit HEM Then Fen Nee dan Pemangku Timbalan Residen Miri Rose Edward Tarang.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru