Tuesday, June 28, 2022

Pembonceng maut, penunggang parah kemalangan di jalan Samarahan- Asajaya

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Seorang wanita maut apabila motosikal diboncengnya dilanggar sebuah kereta di Kilometer 24, Samarahan-Asajaya, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.20 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa bersama seorang lelaki iaitu penunggang motosikal sedang bergerak keluar dari kiri jalan dan bergerak lurus.

“Kedua mangsa telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki yang bergerak lurus dari arah Serian hendak menuju ke arah SK Tambirat, Asajaya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa, 33, disahkan meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak pada jam 7.35 pagi.

Sementara, katanya, penunggang motosikal, 37, mengalami cedera parah manakala pemandu kereta, 55, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru