KUCHING: Golongan muda daripada kalangan B40 dan M40 – akan dibantu untuk meringankan beban dalam membeli rumah pertama mereka dengan kerajaan menyediakan wang deposit untuk mereka.
Ini menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilakukan Kerajaan Sarawak melalui Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) .
Katanya yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi baharu dilakukan menerusi skim berkenaan, kerajaan akan menanggung deposit maksimum sehingga RM10,000.
Jelasnya, ia akan diuruskan oleh Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd
“Mereka yang berjaya mendapat bantuan melalui skim itu tidak perlu membayar balik deposit itu,” katanya.
“Skim ini agak istimewa kerana ia merupakan inisiatif pertama kali dilaksanakan di Malaysia di mana skim tersebut akan membantu golongan ini beli rumah ketika masih muda,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) dan Program Rumah Spektra Mutiara, di sini hari ini.
Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru berkata, selalunya masalah tidak dapat bayar deposit disebabkan tiada simpanan.
“Kerajaan Sarawak akan menyediakan 3,000 unit rumah setahun dengan kos RM30 juta bagi tujuan tersebut,” sambil menambah
jumlah itu akan ditambah jika terdapat peningkatan dalam permohonan.
Sementara itu, Abang Johari menjelaskan tiada rekod tunggakan kutipan bayaran bulanan berhubung pembiayaan perumahan di bawah Skim Pembiayaan Perumahan Mutiara.