Saturday, June 25, 2022

Kerajaan Sarawak bantu 87,500 penjaja, peniaga kecil

Secara Rawak

KUCHING:  Kerajaan Sarawak menyediakan peruntukan sebanyak RM87.5 juta  untuk meringankan beban yang ditanggung oleh 87,500 orang penjaja dan  peniaga kecil di negeri ini.

Memenuhi janji beliau baru-baru ini, Ketua Menteri menyampaikan secara simbolik bantuan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang itu kepada 15 orang  peniaga kecil dan hawkers.

Mereka masing-masingnya menerima RM1,000 daripada Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam majlis Pelancaran Skim Bantuan Deposit perumahan (HDAS) di sini hari ini.

Bantuan sekali itu akan diberi kepada 87,500 penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan pihak kerajaan tempatan  melalui Sarawak Pay pada tahun ini.

Jumlah peruntukan terbabit di bawah inisiatif itu ialah RM87.5 juta yang ditanggung oleh kerajaan.

Pelbagai pakej bantuan di bawah BKSS 8.0  bernilai RM285.47 juta diyakini dapat membantu meringankan beban rakyat di negeri ini.

BKSS 8.0  adalah selari dengan lapan teras strategik di bawah Belanjawan 2022 Negeri Sarawak.

Kerajaan GPS telah membelanjakan sekitar RM5.8 bilion di bawah tujuh pakej bantuan sebelum ini sejak PKP dilaksanakan pada Mac 2020.

BKSS 1.0  berjumlah RM1.15 bilion dilancarkan pada 23 Mac 2020, diikuti BKSS 2.0 sebanyak RM1.1 bilion pada 30 April, BKSS 3.0 (RM300 juta), pada 8 Mei, dan BKSS 4.0 sebanyak RM104 juta pada 23 Okt.

Pada tahun lalu, BKSS 5.0 sebanyak RM405 juta dilancarkan pada 21 Jan, diikuti BKSS 6.0 sebanyak RM1.4 bilion pada 28 Mei, dan BKSS 7.0 sebanyak RM800 juta pada 4 Ogos.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru