Tuesday, June 28, 2022

Kemenangan GPS turut disumbangkan jentera pergerakan Wanita PBB

Secara Rawak

KUCHING: Jentera Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak telah banyak membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang besar dalam Pilihan raya Negeri Ke-12 (PRN-12) yang lepas.

Ketua Wanita PBB, Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, mereka telah memainkan peranan dan bekerja keras dalam menyumbang kepada kemenangan itu.

“Kita juga telah menang semua kerusi, calon PBB kita 47 daripada 47, kita menang  semua kerusi PBB dan ini juga adalah sumbangan kerja keras jentera pergerakan wanita kita. 

“Kita juga dah memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kemenangan GPS iaitu 76 kerusi daripada 82 kerusi iaitu melebihi daripada jangkaan kita.

“Ini adalah disebabkan kita telah bekerja keras dan banyak sebab lain. Tapi salah satunya faktor penyumbang adalah kita telah bekerja keras,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan Malam Apresiasi Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB Sarawak di Hotel Waterfront Kuching pada Sabtu.

Justeru pada majlis yang sama, Fatimah turut menjelaskan beberapa pendekatan terhadap golongan belia wanita juga amat dititikberatkan dalam membantu kejayaan GPS.

“Pendekatan yang kita buat untuk mendekati golongan belia wanita telah kita laksanakan sebelum pandemik COVID-19 lagi.

“Hal ini bertujuan, pendekatan yang kita buat ini dapat dijadikan platform untuk golongan wanita diluar sana menyuarakan pendapat, memberikan pandangan disamping menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti penglibatan diri, khususnya kepada masyarakat,” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, Dato’ Sri Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan kesejahteraan Komuniti Sarawak itu juga menyeru pergerakan wanita untuk terus bekerja keras supaya perkataan rajin bekerja itu sinonim dengan wanita.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru