Tuesday, June 28, 2022

Jumlah kes terus melonjak ke 11,000

Secara Rawak

KUCHING: Jumlah kes  positif COVID-19 di negara ini terus melonjak  apabila sebanyak 11,034 jangkitan baharu disahkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), ini  menjadikan jumlah kes kumulatif mencecah 2, 925, 254 setakat ini.

Sebanyak 87.7 peratus iaitu kuarantin di rumah manakala hanya 6.4 peratus yang berada di Pusat Kuarantin Rawatan COVID-19 (PKRC) setakat 6 Februari 2022, 11.59 malam.

Selain itu, sebanyak 3,962 pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital.

Pesakit Covid-19 di ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) dan tidak memerlukan ABP masing-masing merekodkan 0.1 peratus setakat ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru