Saturday, June 25, 2022

84 kes di Sarawak hari ini

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak hari ini terus mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 iaitu sebanyak 84 kes baharu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 253,087.

Daripada jumlah tersebut, 65 kes melibatkan kategori 1 dan 18 kes adalah kategori 2 manakala 1 lagi daripada kategori 1.

“Kuching mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 45 kes diikuti Sibu (20), Miri (9), Serian (4), Song (3), Bintulu (2) dan Samarahan (1),” jelasnya.

Sementara itu, tiada kes kematian dan kluster baharu diisytiharkan sehingga hari ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru