Tuesday, June 28, 2022

1,112 pemohon berjaya, RM63 juta bantuan deposit rumah di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri  1,112 pemohon dengan pembiayaan berjumlah RM63 juta berjaya mendapat bantuan deposit  untuk pembelian rumah pertama  di bawah Skim Pembiayaan Perumahan Mutiara oleh Kerajaan Sarawak. 

Menurut Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sebanyak 81 peratus pemohon ialah golongan berpendapatan rendah,  bekerja dengan syarikat swasta atau bekerja sendiri.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) dan Program Rumah Spektra Mutiara, di sini hari ini. 

“Melalui skim khas ini, Kerajaan Sarawak  menyalurkan bantuan deposit sebanyak 10 peratus atau maksimum RM10,000,” katanya.

Jelas beliau, HDAS  juga layak bagi pemilik tanah yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri.

Tanah berkenaan hendaklah yang diperuntukkan oleh Jabatan Tanah dan Survei  di bawah Skim Pembesaran Kampung  atau Skim Penempatan Semula.

Abang Johari menjelaskan tiada tunggakan daripada peminjam berkenaan menunjukkan sikap bertanggungjawab mereka.

Beliau juga menyatakan, ia turut menggambarkan bahawa mereka memahami nilai rumah kediaman tersebut. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru