Saturday, June 25, 2022

Kerajaan Sarawak tanggung subsidi pengguna air luar bandar RM150 juta setahun

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengekalkan subsidi bernilai RM150 Juta setahun kepada pengguna di bawah jagaan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) bagi memastikan penduduk luar bandar mendapat bekalan air bersih dan perawat setimpal dengan pengguna di kawasan lain.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata, penduduk luar bandar hanya dikenakan cas sebanyak 0.44 sen per meter padu, sekali gus menjadikan Kerajaan Sarawak menanggung pembayaran penggunaan air berjumlah RM400,000 sehari.

Menurutnya, pada tahun 2020 kos pengeluaran air permeter padu adalah RM1.28 manakala pada tahun 2021, adalah RM1.58 per meter padu.

“Untuk kawasan luar bandar kos pengeluaran air permeter padu lebih tinggi daripada harga jualan air yang kita caskan kepada pengguna.

“Secara puratanya Kerajaan Sarawak memberi subsidi begitu banyak kepada pengguna air di seluruh Sarawak, sekarang dianggarkan RM150 juta subsidi kepada para pengguna air di seluruh sarawak.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan di Ibu Pejabat JBALB Kuching di sini, hari ini.

Tambahnya, setakat ini tiada cadangan untuk menaikkan harga air tersebut malah Kerajaan Sarawak menerusi Bantuan Keluarga Sarawakku Sayang (BKSS) masih lagi tetap memberikan diskaun kepada pengguna.

Dalam pada itu, beliau menegaskan antara cabaran-cabaran terbaharu yang dihadapi pihaknya setakat ini adalah kekurangan tenaga kerja untuk menyiapkan projek mengikut tempoh yang dijadualkan.

Walaubagaimanapun katanya, projek tetap berjalan misalnya di Wilayah Selatan yang mana kerja-kerja lapangan tetap berjalan walaupun kontraktor berkaitan mengalami kekangan kekurangan pekerja.

“Apa yang penting ia terus berjalan. Selain itu, tanki air tingkat tinggi di bahagian Samarahan, Asajaya, Sadong Jaya dan Simunjan masih berjalan.

“Ada di antaranya hampir siap dan ada yang masih dalam proses pembinaan,” katanya.

Ujarnya, JBALB telah membuat perancangan jangka panjang dalam usaha memastikan bekalan air pada Sistem Grid Air Wilayah Selatan mendapat bekalan air bersih mencukupi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru