Saturday, June 25, 2022

Perniagaan di Medan Selera MPKS Uni Garden patuh SOP

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 32 peniaga dan usahawan di Medan Selera Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Uni Garden kelihatan teruja dan bersemangat meneruskan perniagaan setelah mempunyai gerai baharu yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim baru-baru ini.

Medan selera tersebut dibuka dengan menjual pelbagai makanan dan minuman kepada pengunjung yang datang.

Hasil tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) ke kawasan itu pada Jumaat mendapati, kesemua peniaga dan pengunjung masing-masing mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dengan memakai pelitup muka dan mengimbas kod QR My Sejahtera sebelum masuk ke premis.

Pengimbas suhu dan kod QR telah disediakan oleh pihak pengurusan disamping tempat yang selesa dan dan bersih untuk keselesaan pengunjung sekaligus memastikan persekitaran yang selamat.

Medan Selera MPKS Uni Garden ini dibuka setiap hari bermula jam 6 petang hingga 11 malam.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru