Saturday, June 25, 2022

Lingga dipilih jadi lokasi pembuka tirai Program Komuniti Centexs

Secara Rawak

LINGGA: Sebagai pembuka tirai program komuniti Centexs pada tahun 2022, Lingga telah dipilih sebagai salah satu lokasi untuk penganjuran kursus tersebut.

Pengurus Cawangan Centexs Betong, Andrew Emparan memberitahu, Program Community Technical Outreach Program  (CTOP) merupakan kursus jangka pendek yang diadakan selama satu hingga dua hari.

Katanya, program tersebut akan dikendalikan oleh tenaga pengajar Centexs atau tenaga pengajar dari industri yang tidak meletakkan had umur dan akademik.

“Antara objektif program adalah memberi latihan kepada komuniti setempat untuk belajar tentang kemahiran serta memberi nilai tambah kemahiran,” katanya.

Hadir sama ke program tersebut wakil Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Lingga, Awang Irwandy Awang Yaman, Temenggong Mohammad Shah Achang dan Penghulu Wan Amit Wan Kamil.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru